Aku kembali lagi ke blog ini… setelah sekian lama aku menyepi… aku x tau knp tiba2 aku ingin kembali ke blog ini… Cuma aku tau, blog ini adalah satu2nya tempat yg aku boleh meluahkan perasaan tanpa berselindung… blog ini mnjadi tmpat utk aku melontarkan kata2 yg tidak akn ku bgtau kpd sesiapa pun… hari ni, aku ingin membuat suatu pengakuan lagi…
Sebenarnya aku sedar, aku adalah seorang anak yang ego. Aku sering menyalahkan ibuku terhadap apa sahaja yg berlaku. Mungkin sbb aku berdendam dgn mama? Apa2 aja… wpun aku tau, itu bukan salah dia n di luar kawalan dia. Aku hanya tau bebel n marah2… cthnya hari ni, bila aku bangun, aku tau jalan utk keluar dr rumahku dah ditenggelami air… aku cakap n dgn nada yg marah2, mengatakan esok kna g KB utk selesaikan suatu hal. Sbnrnya ketika itu aku hanya ingin melepaskan geram. Apa salah mama? Tak salah pun… apa dia boleh buat? X da apa pun… aku marah2, air tu akn surut ke? Tak pun… tapi mama x da plak marah aku smula… sbb dia tau anak dia mmg begini…
Aku mmg pentingkan diri… TV n astro, milik aku 100%. aku hanya menonton rncgn yg aku suka, saluran yang aku suka… sbnrnya aku sedar, papa pun ada rncgn yg dia ikuti slama ni, tapi aku buat tak tahu. Jika aku kluar dari bilik, n lihat papa sdg tgk rncgn kgemarannya, aku mula tarik muka masam, aku mula buat muka serius… masa tu, mama akn bg isyarat kat papa yg aku nk tgk TV… papa pula akan mengalah n masuk bilik n menonton dlm bilik yg hanya ada 3 siaran tu… anak apakah aku ni? Hanya nak orang tua mengalah padaku? Tapi papa x pernah marah… sbb aku la satu2nya anak yg ada d sisi skrg…
Seringkali, bila mereka bercakap dgn aku, aku tidak memberi maklum balas… aku x tau kenapa… bila mereka bercakap dgnku, aku akn dengar dan jalan melintasi depan mereka… itu sahaja… kdg2 mereka bgtau aku sesuatu dgn nada yg sgt excited, tp aku buat tak tahu ja… biadapnya aku… tapi mereka x pernah marah aku… sbnrnya aku tau, wpun mereka x cakap, aku tau mereka tetap terluka…
Ma, pa, maaf… sbnrnya aku sedar smua itu, Cuma aku yang susah nk brubah… sbnrnya aku malu pada mereka dan rasa bersalah terhadap mereka… kerana akula anak yang paling byk diberi perhatian di kalangan adk bradik yang lain, apa yg aku pinta smuanya dapat, aku la yg plg tggi pndidikan, akula yg plg dbanggakan, tetapi sbnrnya akula yang paling gagal… gagal mnjadi anak yg patuh, gagal mencari diri sndiri, dan GAGAL DALAM KEHIDUPAN…
No comments:
Post a Comment