Saturday, April 18, 2009

TeRiMa KaSiH SahaBatku...

hmm... sedar tak sedar, hanya tinggal 19 hari sahaja lagi untuk aku tinggal di UUM dan semakin singkat waktu untuk aku bersama dengan sahabat2 aku di cni...
kini aku sudah ada geng coursemate aku... aku ingat lagi, dulu aku pergi kelas, sorang2 jer... teda kawan. tapi sem akhir ni, aku dah ada kawan... semakin hari, semakin kami rapat, dan semakin berat juga hati aku untuk menamatkan pengajianku... kerana itu juga bermakna ia adalah masa untuk berpisah dengan sahabat2ku...

biar aku imbas kembali mcm mana aku knal diaorang... bermula dengan kelas SEMINAR KOMUNIKASI ORGANISASI... kami perlu menjadi AJK untuk menganjurkan SEMINAR yang melibatkan UPM skali... masa tu aku terumbang ambing sebab teda kawan n x tau under AJK mana aku nak masuk.. sbb aku suka makan, aku pun masukla under AJK MAKANAN... masa tu, aku still x knal lagi sepa ketua aku.. x tau nama. nak tanya, malu... nak tau macamna aku tau nama dia? hehe... aku dengar org panggil dia, then aku trus save nama kat phone book. sblm tu, aku just save nama dia sbg "biro mknan seminar". haha.. tergelak sorang2 aku tringat balik... masa tu, aku x rapat jgak lagi... still malu2.

erm... sem ni jgak, kami ada projek Bengkel Kepimpinan Penerbitan elektronik n org yang sama jgak terlibat... kami kna masuk kem kul 11 mlm, aku ni pnakut kalo masuk utan sorang2 wpun naik keta... then aku pun tanpa malunya, ckp kat sahabat aku ni, bahagikan "rakyat" kat aku ckit, hehe. ada lak bahagi2 rakyat. aku ckp, aku takut... then dia ckp, x pe, nnti khemah, aku masuk la group dia. aku pun lega la... tapi, seingat aku, masa tu aku x rapat jgak lagi... aku ni payah ckit nk rapat dgn org...

Aku rasa, yg buat aku start brani jd bengong2 dgn diaorg bila kami ada meeting tergempar pkul 4 pagi... chiang ckp wajib hadir... jadi, sementara kami nk tggu kul 4 pagi, kami pun g la berehat di satu tempat tu... kat ctu la start bengong bila mis president terrrrtuuuuttt... hahaha... hanya dgn benda kecik gtu, aku jd automatiknya jd mcm mesra dgn depa. mis president bilang, kalo meeting kul 4 tu x jadi, dia x leh trima kenyataan... hahaha.. skali, mmg meeting tu x da pun... ciaaan kat dier. tapi x pe la mis president kan? sbb adanya meeting tergempar tipu tu jgak la kita smua jadi rapat. thanx to chiang la...

bila habis je projek PE tu, bila aku balik bilik, aku jd sedih sorang2 kat bilik sbb rndukan sahabat2 aku... sbb dah 3 ari 2 mlm duk huhahuha skali... tapi kejap jer. dua hari lepas tu, kami sama2 bekerja lagi sbb smggu lepas tu plak, ada SEMINAR PUTRA UTARA lak... mmg penat, tapi syok. kami ulang alik alor star utk beli barang, ambil barang. 5 march, kami dua kreta kna pergi alor star lagi utk beli apa yg patut, n masa balik, kami sggah praktis bowling dulu sbb keesokan harinya ada pertandingan bowling... n masa tu la aku rasa aku baru betul2 rapat dengan this geng. hehe.. n i'm happy for that.

bermula dari ctu, kami buat keje sama2. wpun projek dah habis, kami still hang out together. dgn mereka, aku rasa student'slife aku lebih menyeronokkan sbb adanya teman. teman di kelas, teman utk sama2 stdy, teman utk wat assgment wpun lain group dan mereka la jgak yg buat aku mula study di library... masa study n wat assgment, btul2 struggle, lepas tu, baru kami enjoy untuk lepas tension.

Kerana mereka la aku seolah2 dah jadi warga YAB kembali, dengan mereka la aku melalak2 di karaoke jamban c-mart, lepak kat staqbug, kayak d tasek guthrie, bbq d sedim, berendam d kolam air panas legong, petik mempelam sama2, mkn ptg d kolej petro smbil mkn colek, naik moto, n macam2 lagi. n aku akan ingat mcmna kami smpai ke kuala perlis... tanpa arah tuju... tiba2 je dah smpai kuala perlis. setiap kali aku teringat semua tu, aku akan tergelak sorang2... tetapi akan mengalirkan airmata kemudiannya... kerana... masa untuk kami bersama sudah semakin singkat... masih adakah peluang untuk kita bersama begini lagi pada masa akan datang? sahabat2ku, aku pasti akan merindui saat2 kita bersama... pasti aku akan rndukan korang smua nnti...

di sini, aku ingin ucapkan terima kasih banyak2 sbb sudi menerima aku sebagai sahabat kalian... terima kasih banyak2 atas segala kenangan yang kalian berikan... terima kasih sahabat2ku... NIK JUELIZHA IRDALYA DEMALJA... frens forever...

No comments:

Post a Comment